Sekadar gambar hiasan
Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan kritikal akibat pendarahan di kepala selepas tidak sedarkan diri ketika berada di sebuah taska di Semabok, Melaka pada pagi Selasa.
Bayi tak sedarkan diri di taska
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, ibu bapa bayi berkenaan dihubungi oleh pemilik taska dan dimaklumkan mengenai kejadian itu melalui aplikasi WhatsApp. Individu terbabit meminta mereka segera mengambil mangsa selepas mendapati mangsa diserang sawan ketika dimandikan.
Malah pemilik taska turut bertanyakan sama ada anaknya pernah terkena sawan atau tidak sebelum ini.
Susulan itu bapa bayi terus menghubungi wanita terbabit sebelum bergegas ke pusat jagaan berkenaan untuk mengambil anaknya lalu dibawa ke Hospital Melaka (HM).
Difahamkan, bayi terbabit yang mengalami pendarahan di bahagian kepala kini berada di zon merah. Sementara itu, berdasarkan maklumat pengadu, bayi terbabit didakwa pernah terjatuh di taska pada Jumaat lalu sehingga mengakibatkan dahinya bengkak dan lebam bapa bahagian pipi kiri.
Ibu bayi berkenaan ada bertanyakan kepada pemilik taska mengenai kecederaan dialami anaknya pada Jumaat malam dan pemilik taska mendakwa kecederaan itu disebabkan anaknya terjatuh daripada kerusi ‘bouncer’.
Selain terjatuh, anaknya juga ada terlanggar kerusi ‘bouncer’ mengakibatkan lebam pada pipi kanan dan dahi kiri.
Susulan daripada itu, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.
Sumber: Harian Metro