berita

Bayi 2 Bulan Cedera Parah Digigit, Diseret 1 Meter Kera Jantan

January 12th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Malang nasib yang menimpa seorang bayi lelaki berusia dua bulan, apabila cedera parah akibat digigit dan diseret oleh seekor kera. Kejadian tersebut di Kampung Manggis, Sungai Puyu, dua hari yang lepas.

Digigit dan diseret

Foto: Selwam Arjunan

Lapor Berita Harianmangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan kepala, setelah diseret sejauh satu meter oleh kera itu. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam dua petang, dan ibu kepada bayi itu berada di dapur untuk membuat susu untuk anaknya. Namun, dia terdengar teriakan anaknya yang kuat, yang berada di atas tilam di ruang tamu rumah ketika itu.

Susulan mendengar teriakan itu, dia lantas berlari bagi memeriksa keadaan anaknya ketika itu. Namun, tergamam dia ketika itu melihat anaknya dengan keadaan berlumuran darah. Tidak berakhir di situ, dia sempat ternampak seekor kera jantan yang berada di hadapan pintu rumahnya sebelum sempat melarikan diri.

Laporan polis dibuat

Foto: Selwam Arjunan

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Noorzainy Mohd Noor, bapa kepada bayi itu telah tampil membuat laporan berhubung insiden yang berlaku.

Suami wanita itu memaklumkan dia yang baru pulang dari sebuah kedai terkejut melihat anaknya berlumuran darah dengan terdapat kesan gigitan di pipi kanan, belakang kepala dan perut sehingga nampak pergerakan usus.

Kini, bayi tersebut telah selamat menjalani pembedahan kecil bagi mencamtukan semula bahagian kulit perut yang koyak. Malahan, bayi tersebut ditahan di wad kanak-kanak selama dua minggu sebelum dibenarkan discaj.

Terbaru lapor Harian Metro, kera tersebut yang telah menggigit bayi itu telah ditembak oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Sumber: Selwam Arjunan , Berita Harian Harian Metro

 

SKIP THIS AD ×