berita

Bayi 9 Bulan Maut Dengan Kesan Lebam Di Bahagian Mulut & Dubur, Polis Tahan Pengasuh

May 1st, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tidak dapat digambarkan perasaan ibu bapa kepada seorang bayi lelaki yang berusia sembilan bulan, apabila anak mereka ditemui dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

Menerusi kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pihaknya telah menahan pengasuh wanita dan suaminya berikutan disyaki menjadi ‘dalang’ kepada kematian kanak-kanak itu.

Sudah ditahan pihak polis

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid pasangan berkenaan yang berusia 35 tahun telah ditahan di sebuah rumah di pangsapuri Jalan PJU 1A/42, 8 malam, semalam.

Pada mulanya polis menerima maklumat daripada seorang doktor hospital kerajaan mendakwa menerima bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bayi itu dibawa seorang lelaki dipercayai suami pengasuh, pada 7 malam hari kejadian.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dan cedera di bahagian dubur mangsa.

Jelas beliau lagi, menerusi semakan yang dibuat suspek lelaki mempunyai dua rekod berkaitan dadah. Kini, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kenyataan media

Sumber: Mohd Redzuan Abd Manap

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×