berita

Bayi Baru 8 Bulan Tapi Hamil Lagi, Suami Minta Gugurkan Sebab ‘Tak Ready’ Ada Dua Anak

February 18th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Kehadiran zuriat merupakan satu ‘hadiah’ yang dinanti-nantikan oleh setiap individu yang bergelar ibu bapa. Kehadiran insan kecil ini juga sering dianggap pelengkap kebahagiaan dalam rumah tangga.

Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang lelaki didakwa tergamak meminta si isteri menggugurkan kandunganya.

Anak baru 8 bulan, isteri hamil lagi

Kisah tersebut dikongsikan oleh Jody_Aky menerusi beberapa video yang dimuat naik di TikTok. Dakwa Jody, dia tidak menyangka bahawa suaminya mengaku masih belum bersedia menjadi seorang bapa sedangkan cahaya mata sulung mereka yang merupakan dari kehamilan dirancang baru berusia 8 bulan.

Namun siapa sangka, pasangan ini sekali lagi dikurniakan rezeki zuriat apabila Jody disahkan hamil anak keduanya. Tetapi apa yang menyedihkan Jody apabila suaminya seakan tidak gembira dengan ‘berita baik’ tersebut malah lelaki itu meminta Jody menggugurkan kandungannya. Jika tidak dituruti, dia mengugut mahu memfailkan penceraian.

Saya belum bersedia jadi bapa. Gugurkan sekarang, ia masih belum mempunyai apa-apa. Kalau tak gugurkan, kita berpisah. Saya belum bersedia nak besarkan anak-anak.

Nekad gugurkan kandungan

Setelah berfikir, akhirnya Jody bersetuju untuk menggugurkan kandungannya itu. Menurut Jody, dia juga tidak mampu untuk menjaga dua orang anak bersendirian baik dari segi fizikal, mental dan kewangan.

Tidak adil untuk saya meminta pertolongan daripada ahli keluarga untuk membantu membesarkan anak-anak walaupun mereka rela berbuat demikian.

Sementara menerusi video yang dikongsikan si suami, lelaki itu tidak menyangka netizen hanya menuding jari menyalahkan dirinya sahaja sedangkan keputusan itu dibuat atas persetujuan isterinya juga. Lelaki ini turut mendakwa bahawa bukan dirinya sahaja malah isterinya juga tidak mahu meneruskan kandungan kedua tersebut.

Video

Perbualan di WhatsApp

Sumber: Jody_Aky

SKIP THIS AD ×