berita

Bayi Baru Lahir Maut Ditikam Guna Pemutar Skru, Mayat Dibuang Tepi Kuil

October 2nd, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Kejam dan tidak berperikemanusian! Itu perkataan yang sesuai menggambarkan tindakan pasangan suami isteri yang bertindak menikam bayi yang berusia dua hari menggunakan pemutar skru dan ditinggalkan berhampiran dengan sebuah kuil.  Kejadian ini terjadi di Bhopa, India.

100 tusukan pemutar skru

Gambar sekadar hiasan

Menurut hasil bedah siasat, doktor mendapati bayi tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 100 luka tikaman yang dipercayai ditusuk menggunakan pemutar skru. Ketika kejadian, bayi yang baru lahir itu dijumpai dekat sebuah kuil bersama haiwan yang mengerumuni bayi tersebut.

Kini, kedua-dua suspek sedang diburu oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Tempat kejadian

Foto: The Sun UK 

Kejadian ini dimaklumkan oleh orang ramai yang menjumpai bayi tersebut dalam keadaan dililit sehelai selendang di kawasan Ayodhya Nagar di Kota Bhopal, India.

Menurut pihak polis, bayi tersebut dilahirkan di rumah terlebih dahulu sebelum ditinggalkan di tempat kejadian.

Sumber: The Sun UK 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×