Sekadar gambar hiasan
Sebelum ini, media melaporkan seorang bayi berusia setahun empat bulan dipercayai menjadi mangsa dera kedua ibu bapa sendiri di Felda Jalor Air Kuning Selatan, Negeri Sembilan.
Apa yang lebih mengerikan, apabila bayi malang tersebut didakwa ditumbuk pada muka, dicucuh puntung rokok dan turut ditekap menggunakan seterika.
Artikel Berkaitan: Tumbuk, Cucuh Puntung Rokok & Tekap Guna Seterika, Pasangan Suami Isteri Ditahan Dera Bayi
Respon Anzalna
Foto: Anzalna Nasir
Pelakon cantik, Anzalna Nasir menerusi Instastory memberikan respons berhubung kejadian yang menimpa bayi malang itu. Anzalna akui sejak mempunyai cahaya mata, berita mengenai penderaan kanak-kanak menyebabkan dia emosi dan sakit hati.
Sejujurnya sejak ada nak bila baca berita macam ni buat I terlebih emo! Ya Allah sakit hati baca!
Mengulas lebih lanjut, finalis Dewi Remaja ini turut memberikan pendapat supaya individu tersebut dikenakan hukuman yang setimpal.
Tolongla hukum gantung terus orang macam ni tak perlu bagi peluang untuk hidup.
Sebelum ini, seorang doktor dari sebuah klinik kesihatan membuat laporan memaklumkan menerima pesakit seorang bayi lelaki dalam keadaan lebam pada mata dan terdapat kesan seterika di belakang badan disyaki didera.
Instastory penuh:
Sumber: Anzalna Nasir