berita

Ria Ricis Selamat Melahirkan Bayi Perempuan, Teuku Ryan Puji Kehebatan Isteri

July 26th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Youtuber terkenal Indonesia Ria Ricis selamat melahirkan anak sulung mereka hari ini. Khabar gembira itu dikongsikan suami, Teuku Ryan menerusi akaun Instagram miliknya.

‘Isteriku terbaik’

Dalam satu perkongsian foto milik Teuku, Youtuber itu berkongsikan foto tangan bayi mereka dengan kapsyen berucap syukur atas kelahiran bayi sulung mereka, seorang bayi perempuan.

Menerusi kapsyen, Ria melahirkan anak pertama mereka sekitar jam 7.26 pagi waktu tempatan.

Bismillah, Alhamdulillah telah lahir anak pertama kami hari Selasa, 26 Julai 2022 pukul 08.26 pagi, di Rsia Bina Media Bintaro dengan sihat dan cantik.

InsyaAllah solehah ya sayang.

Dalam pada itu, Teuku juga sempat memuji isterinya dengan pujian bahawa dia seorang wanita yang hebat, sambil berseloroh mirip siapakah cahaya mata mereka itu.

Isteriku terbaik, hebat masyaAllah…

Mirip siapa ya anak kita?

Untuk rekod, Ria Ricis dan Teuku Ryan berkahwin pada 12 November tahun lalu, dan telah mengumumkan yang Ria sedang hamil sekitar bulan Mac, tahun ini.

Sumber: Instagram Teuku Ryan

SKIP THIS AD ×