berita

Gara-Gara Lewat Bayar Upah, Bayi 14 Bulan Kritikal Dipukul Teruk Pengasuh

October 29th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Tergamaknya seorang pengasuh apabila sanggup mendera seorang bayi 14 bulan hingga tidak sedarkan diri. Kejadian yang berlaku pada 25 Oktober lalu difahamkan ekoran daripada penjaga yang lewat membayar upah.

Lebih malang apabila bayi itu kemudiannya didapati berada dalam keadaan kritikal kerana dipercayai tidak diberi makan dan minum hampir tiga minggu. Akibatnya, bayi perempuan itu turut diserang penyakit sawan dan jangkitan kuman pada paru-parunya.

Memukul guna botol susu

(sekadar gambar hiasan)

Hasil soal siasat, suspek mengaku ada memukul kanak-kanak berkenaan menggunakan botol susu di kepala sebanyak dua kali dan tangan supaya kanak-kanak itu berhenti menangis
Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, bertindak atas laporan pihak hospital, polis telah menahan seorang wanita berusia 23 tahun pada 27 Oktober lalu di Batu Kawa bagi membantu siasatan. Pemeriksaan perubatan turut mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian kepala kanak-kanak berkenaan.

Lambat bayar upah

(sekadar gambar hiasan)

Menurutnya lagi, suspek nekad bertindak demikian kerana marah kepada ibu bayi perempuan itu yang lewat membayar upah. Difahamkan kanak-kanak itu dijaga oleh pengasuh tersebut selama tiga minggu dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam. Kali terakhir pengadu berjumpa dengan anaknya adalah pada 23 Oktober lalu kerana terpaksa bekerja.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sumber : Astro Awani
The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×