Sekadar gambar hiasan
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Taman Selayang, Batu Caves, semalam.
Bayi meninggal di rumah pengasuh
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, bayi berkenaan dipercayai tidak sedarkan diri ketika dikejutkan dari tidur oleh pengasuhnya yang berusia 47 tahun.
Selepas bayi berkenaan tidak sedarkan diri, pengasuh terbabit menghubungi ibu mangsa bagi memaklumkan kejadian itu.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang namun disahkan meninggal dunia. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah masalah jantung sejak lahir. Susulan daripada itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Berita Harian