Setiap ibu bapa pasti memiliki cara tersendiri dalam membesarkan anak-anak.
Namun kali ini, sepasang suami isteri kehilangan bayi mereka selepas menggunakan kaedah ‘sleep training’.
Artikel Berkaitan: Guru Kongsi Pengalaman Anak Meninggal Sehari Selepas Dilahirkan – ‘Balik Hospital Baby Dah Ready Nak Disolat & Dikafankan’
Artikel Berkaitan: Ibu Reda Anak Meninggal Dunia Selepas 30 Minggu Dalam Kandungan – ‘Tariklah Kami Ke Syurga Nanti Adik’
Pantau dari CCTV
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Thread Facebook, bayi berusia empat bulan ini difahamkan menangis selama dua jam semasa berada di katilnya sendiri.
Walau bagaimanapun, ibu kepada bayi tersebut memberitahu dia hanya memantau melalui rakaman kamera litar bertutup (CCTV).
Bayi empat bulan dibiarkan menangis selama dua jam.
Ibu hanya memantau dari cctv dan membiarkan anaknya menangis.
Ingatkan tidur rupanya…
Berkongsi lebih lanjut, setelah tidak lagi kedengaran tangisan bayi tersebut, si ibu pergi memeriksa dan menyangka bayinya sedang tidur.
Malang tidak berbau, bayi tersebut meninggal dunia setelah dibiarkan menangis tanpa henti.
Ibunya ingat sudah tidur sebab bayi itu tidak lagi menangis.
Bila diperiksa, rupanya sudah tidak bernyawa.
Sumber: iNews, Facebook Thread Syahlianna