berita

Bayi Melecur Dimandikan Air Panas, Pusat Jagaan Cuba ‘Settle Tepi’ Bayar RM45k Tapi…

April 20th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Info Roadblock JPJ/Polis

Sedih dan kecewa itulah perasaan yang dialami oleh ibu bapa kepada seorang bayi yang berusia 26 hari apabila anaknya ditemui melecur pada tahap kedua pada bahagian belakang akibat kecuaian kakitangan sebuah penjagaan bayi dan ibu berpantang.

Kejadian tersebut berlaku di Jalan Sutera, Taman Sentosa Johor Bahru.

Ambil pakej berpantang

Foto: Info Roadblock JPJ/Polis

Lapor Kosmo, ibu kepada mangsa dikenali sebagai Tan Xing Ping, 25, telah mengambil pakej berpantang di pusat jagaan itu ketika bayi sulungya baru sahaja dilahirkan pada 26 Oktober tahun lalu. Jelas wanita ini, dia dimaklumkan oleh seorang pengasuh mengenai keadaan anak lelakinya yang telah melecur pada bahagian belakang ketika berada di pusat berkenaan.

Saya mengambil pakej berpantang selama 30 hari di pusat jagaan itu dengan harga RM7,733. Pada hari ke-26, saya berada di bilik tiba-tiba seorang pengasuh datang beri tahu anak saya melecur pada bahagian belakang. Bila saya tanya dia cakap tidak tahu, saya terus hubungi suami dan kami terus bawa ke hospital swasta untuk rawatan lanjut.

Ujarnya lagi, selepas dirawat, pihak hospital memberitahu anaknya telah melecur susulan terkena air panas dan pihak hospital turut mencadangkan supaya mereka membuat laporan polis.

Buat laporan polis

Foto: Info Roadblock JPJ/Polis

Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Larkin pada hari yang sama iaitu 21 November tahun lalu. Pada masa yang sama, pihak pengurusan pusat jagaan berkenaan turut mengakui kesilapan mereka dan berjanji untuk membayar pampasan sebanyak RM45k selama setahun secara ansuran dan membayar semula caj-caj hospital sebanyak RM4k.

Kami desak mereka baru salah seorang kakitangan mengaku yang anak saya terkena air panas ketika mereka memandikannya. Saya terkejut dan kecewa selepas dua jam anak saya kena baru mereka beritahu, masa itu bayi saya tak ada suara dah menangis.

Mereka ajak berbincang dengan saya dan suami (Oon Yew Hao, 32) untuk ‘settle tepi’ (selesaikan cara baik) supaya tidak memanjangkan kes. Kami bersetuju dengan cadangan mereka untuk membayar pampasan sebanyak RM3,000 sebulan selama setahun. Tetapi kami terima bayaran hanya sebulan dan ‘refund’ dan bil hospital sebanyak RM14,733.

Bagaimanapun, janji tinggal janji apabila pusat jagaan tersebut memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada membayar janji yang sudah dibuat termasuk perjanjian bertulis. Pada masa yang sama, wanita ini dan suaminya mempunyai niat bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat jagaan berkenaan.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×