Tidak sedarkan diri setelah diberi makan buah epal lenyek oleh pengasuh, seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Menerusi Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di sebuah taska di Taman Mesra, Baling, Kedah. Bayi yang dikenali sebagai Muhammad Fawwaz Mohd Fadlan itu, berada di ruang dapur taska ketika kejadian tersebut berlaku.
Mangsa menangis dengan kuat
Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, bayi tersebut menangis dengan kuat kerana ingin mengikut penyelia pengasuh sebelum tiba-tiba tidak menyedarkan diri. Ketika kejadian tersebut berlaku, penyelia tersebut terus membawa bayi itu ke Klinik Kupang sebelum dirujuk ke Hospital Baling.
Bagaimanapun sebaik tiba di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan tiada kesan luka atau lebam di badan. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk di bedah siasat.
Sumber: Harian Metro