berita

Bayi Perempuan 6 Bulan Maut, Ibu Cedera Parah Ditetak Datuk Saudara Sendiri

May 12th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Kampung Ubi Sungai Pauh, Kinabatangan, Sabah seorang bayi perempuan berusia enam bulan dilaporkan maut dan ibunya mengalami cedera parah selepas dipercayai ditetak oleh datuk saudaranya dua hari lepas.

Bayi maut, ibu cedera

Sekadar gambar hiasan

Ujar Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail menerusi laporan Berita Harian, pihaknya telah menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden yang berlaku kira-kira jam 2.40 petang. Susulan daripada serangan yang dibuat suspek, telinga kiri mangsa, 35, dipercayai hampir putus sebelum sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan bergegas ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi mendapati bayi perempuan berusia enam bulan telah meninggal dunia akibat ditetak di kepala.

Ibunya pula parah di belakang leher dan telinga kirinya hampir putus akibat tetakan.

Kedua-dua mangsa bagaimanapun telah dibawa ke Hospital Kinabatangan bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Suspek telah ditahan

Sekadar gambar hiasan

Kini suspek, 60, warga Filipina, telah pun ditahan dan dibawa ke IPD Kinabatangan bagi siasatan lanjut dan akan direman selama tujuh hari bermula semalam.

Pasukan polis kemudiannya mengesan dan menangkap suspek di kawasan kebun sawit di lokasi sama.

Polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk menetak mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, pihak polis turut meminta orang awan yang mempunyai maklumat mengenai insiden ini untuk tampul kepada Bilik Gerakan IPD Kinabatangan di talian 089-561890 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kinabatangan Asisten Superintendan Razali Basa di talian 019-6217357.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×