berita

Bayi Tiba-Tiba Lembik, Kesejukan Semasa Tidur Atas Dada Ibu

October 6th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Seorang ibu kongsi detik cemas apabila anaknya 3 bulan secara tiba-tiba kaku dan lembik seolah-olah tidak bernyawa selepas menyusu. Kejadian panik itu berlaku apabila dia menidurkan anaknya di atas dadanya namun dia tertidur dan tidak sedar bayinya lemas dan hampir meragut nyawa.

Perkongsian di kumpulan Facebook Kelab Geng Ibu Hamil & Berpantang itu mendapat pelbagai respon daripada ahli kumpulan yang lain.

Anak tiba-tiba lembik

Peringatan kepada semua ibu dalam group ni. Jantung saya rasa mcm nak tercabut. Raisha baby girl baru 3 bulan. Begini cerita nya sekitar pukul 12.30am tadi dia menyusu selepas saja menyusu saya letak atas tilam dia balik tapi saya lihat dia macam tak selesa. Saya ambik dia tepuk tidur atas dada mcm gambar kat sebelah kiri tu. Dia terus tidur atas dada saya sambil tepuk dia, saya yang tertido.

Dalam pukul 2.15am saya sedar anak saya lembik dan kesejukan. Ya Allah gugur hati saya, saya ingatkan Allah dah nak tarik kurnian rezeki dekat saya. Dengan keadaan takut saya dukung anak terus bawak ke mak ayah saya. Terus kejutkan mereka untuk ke hospital.

Menurut ibu ini dia tidak sangka perbuatan meletakkan anaknya tidur di dada membuatkan anaknya lemas.

Anak kembali seperti normal

Suami saya tak ada sebab dia kerja kapal sebulan sekali baru balik.jadi kena lah bergantung dekat mak ayah saya . Dalam keadaan cemas, mak saya menepuk. Menegur baby raisha. Peluk-peluk dia. Alhamdulillah dia senyum. Dia suka mcm biasa. Saya takot sangat, sekarang anak dah tidur tapi saya belum tido, saya takot nak tido.

Takot anak macam tadi lemah tak bermaya. Tuhan je tahu macam mana perasaaan saya masa tu. Untuk pengajaran ibu dekat dalam ni. Jangan la bagi tido anak tepuk2 didada pagi-pagi ni. Takot kita yang tertido. Kes Raisha ni macam lemas la. Mungkin dia tak dan nafas sebab tertutup hidung dekat dada saya. Jangan kecam saya, saya cuma nak kongsi cerita saya.

Namun dia tertidur ketika mendodoikan anaknya di atas dada. Apabila dia tersedar dia melihat anaknya kaku tidak bergerak dan lembik. Nasib menyebelahi ibu ini apabila anaknya kembali senyum dah seperti biasa selepas nenek kepada bayi ini menepuk-nepuk menegur bayi ini.

Sumber : Nurul Fatihah Nasir

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×