Foto: Mirror UK
Mempunyai lebihan sepasang kaki dan tangan sehingga dikatakan jelmaan dewi masyarakat Hindu, seorang bayi yang dilahirkan di negeri Uttar Pradesh, India meraih perhatian ramai.
Mempunyai lebihan kaki dan tangan
Foto: Mirror UK
Menerusi laporan media antarabangsa, bayi kecil ini dipuji sebagai keajaiban alam semula jadi dan dikatakan penjelmaan semula dewi mengikut kepercayaan tempatan. Menerusi foto yang dikongsi, dapat dilihat seorang bayi yang dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram mempunyai sepasang tangan dan kaki tambahan pada bahagian perutnya.
Difahamkan, bayi tersebut dilahirkan di Pusat Kesihatan Komuniti Shahabad hujung minggu lalu di daerah Hardoi, negeri Uttar Pradesh, utara India dan ibu kepada bayi ini dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Susulan berita mengenai bayi ini tersebar ke seluruh daerah, penduduk tempat dikatakan berpusu-pusu datang ke hospital bagi melihat keadaan bayi tersebut yang dikenali sebagai ‘dewi berbilang anggota badan’.
Sumber: Mirror UK