berita

Bayi Usia 3 Hari Bengkak Dada Disuap Biskut Kering Oleh Nenek – ‘Dah Tegur Mak Mentua, Tapi Kena Marah’

March 4th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Umum mengetahui, menjadi ibu bapa bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Hal ini kerana sebelum menimang cahaya mata, mereka perlu mempelajari ilmu keibubapaan bertujuan untuk mempermudahkan urusan ketika membesarkan anak-anak.

Terbaru, seorang ibu berkongsi detik cemas selepas mendapat tahu bayinya mengalami bengkak pada bahagian dadanya selepas diberi kudapan.

Bayi usia 3 hari makan biskut

Kisah tersebut dikongsikan di TikTok oleh seorang wanita dari Indonesia yang dikenali dengan nama Rusti Ridayanti. Menurut wanita ini, bayinya yang baru berusia 3 hari telah diberi makan biskut kering sebanyak tiga kali sehari oleh ibu mentuanya. Lebih mengejutkan apabila bayi malang terbabit mengalami bengkak pada bahagian dada selepas diberi kudapan tersebut.

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui serba salah terhadap anaknya. Menurut wanita ini lagi, dia tidak tahu bahawa terdapat kesan buruk apabila memberikan kudapan kepada bayi yang masih kecil.

Hati saya hancur lihat dada anak bengkak kerana baru 3 hari dah disuap kudapan. Saya tak tahu kalau bayi 3 hari belum boleh diberi makanan itu. Maafkan ibu ya anak.

Dakwa wanita ini lagi, dia sudah cuba menghalang ibu mentuanya tapi dia pula dimarahi. Menurut Rusti, ibu mentuanya juga tidak tahu mengenai perkara tersebut kerana menurutnya pada zaman dahulu tidak ada ‘pantang larang’ seperti ini. Susulan daripada itu, Rusti mula menimba ilmu berkaitan ilmu ‘parenting’.

Alhamdulillah sekarang adik dah sihat walafiat dan sekarang dah umur empat bulan. Saya dah cuba larang mentuan saya tapi saya kena marah.

Video

Sumber: Rusti Ridayanti

SKIP THIS AD ×