Tak dinafikan, sepanjang bulan Ramadan, ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk membeli jaudah berbuka puasa di bazar-bazar Ramadan yang berhampiran. Pelbagai jenis lauk-pauk, kuih-muih serta minuman yang dijual oleh para peniaga.
Baru-baru ini, seorang individu meluahkan rasa terkejut dengan harga air bungkus yang dibelinya.
Air strawberi ‘kayangan’
Menerusi perkongsian di TikTok, individu yang dikenali dengan nama Esham mendakwa dia dikenakan caj tambahan RM3 apabila meminta kurang ais ketika membeli air bungkus di bazar. Meskipun merasakan caj tersebut terlalu mahal tetapi dia terpaksa membayarnya memandangkan minuman tersebut telah siap dibungkus.
Hari ini beli air strawberi dekat bazar Ramadan. Dia tulis air sebungkus RM5, tak nak ais kena tambah RM3. Jadi saya pun cakap dekat budak itu (pekerja) nak air strawberi satu tapi kurang ais.
Dah buat, dah bungkus bapa dia datang tanya kurang ais ya? Saya pun jawab lah, ya. Lepas tu bapa dia kata tambah RM3, tapi saya balas lah kurang ais sahaja bukan tak ada ais, tapi bapa dia kata sama kena tambah RM3 juga. Aku fikir bulan Ramadan sahaja ini.
Tambahnya lagi, dia perlu membayar RM8 untuk sebungkus air strawberi. Video yang dikongsikan telah mendapat lebih daripada 100k tontonan dan rata-rata netizen berpendapat peniaga berkenaan tidak sewajarnya mengenakan caj tambahan yang tinggi sekiranya pelanggan meminta kurang ais.
Video
Komen
Sumber: Eshamsoda