berita

BBNU Didakwa Kantoi ‘Like’ Tweet Lucah Pakai Akaun Sebenar – ‘Terpaling Straight’

July 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Kecoh di Twitter apabila warganet tampil mendakwa pendatang baharu iaitu seorang pelakon lelaki kantoi ‘like’ tweet berbaur lucah di laman media sosial tersebut.

Artikel Berkaitan: Pengarah Didakwa Kantoi ‘Like’ Video Lucah, Netizen Terus Petik Nama

Artikel Berkaitan: Pekerja Kilang Didakwa Miliki 128 Gambar Lucah Dalam Telefon Bimbit

Guna akaun ‘real’

Menerusi satu ciapan, seorang pengguna Twitter terkejut apabila mengetahui perbuatan terkutuk pelakon lelaki itu.

Dalam pada itu, individu tersebut turut menyoal adakah tindakan pelakon tersebut disengajakan atau mahu menutup aibnya sendiri.

Aku tak tahu la ada artis ni dia sengaja ‘like’ tweet lucah atau dia nak tutup diri dia.

Pelakon yang baru menapak di dalam industri itu juga difahamkan menggunakan akaun media sosialnya yang sebenar sehingga menyebabkan perbuatannya pecah tembelang.

Aku terkejut bila tengok dia ‘like’. Begitu umum ya dah la pakai akaun yang sebenar.

Bagaimanapun, individu berkenaan tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan balas, warganet seolah-olah mengetahui siapa pelakon yang dimaksudkan itu. Malah ada juga di antara mereka yang bersetuju dengan dakwaan bahawa pelakon tersebut sengaja bertindak demikian untuk membuktikan dia adalah lelaki sejati.

Tambah warganet lagi, pelakon tersebut belum layak untuk digelar anak seni kerana baru setahun jagung dalam industri seni.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×