Gambar sekadar hiasan
Seorang pekerja kilang berusia 27 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani selepas didakwa atas pertuduhan memiliki 128 gambar lucah di dalam telefon bimbitnya.
Artikel Berkiatan: Jual Video Kemaluan Isteri Di Media Sosial, Lelaki Kaut Untung Sehingga RM1.5K
Artikel Berkaitan: Cik Piah Tercalon Top 20 ABPBH35, Netizen Tak Puas Hati – ‘Berani Hantar Gambar Tak Senonoh’
Simpan dalam telefon
Gambar sekadar hiasan
Berdasarkan pertuduhan, Saiful Anuar Ab Rani didakwa memiliki gambar-gambar lucah tersebut di dalam telefon bimbit jenama Samsung model Galaxy A20, pada 1 April 2021 kira-kira jam tiga petang di alamat No.1949 Bandar Puteri Jaya.
Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Syeksyen 292 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Nazrul Nizam Mohd Zameri bertindak mengendalikan pendakwaan.
Tertuduh kemudian dibenarkan untuk diikat jamin oleh Majistret Khairatul Animah Jelani iaitu sebanyak RM500 dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes bagi serahan dokumen berkaitan serta lantikan peguam telah ditetapkan pada 13 Jun hadapan.
Sumber: Harian Metro