berita

‘Be A Man- Transkip Akademik Disekat, Graduan UM Mahu Naib Canselor Beri Penjelasan

October 17th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Graduan Universiti Malaya, Wong Yan Ke didakwa disekat daripada menerima transkrip sijil ekoran perbuatan protesnya di istiadat konvokesyen Universiti Malaya (UM) yang ke-59. Beliau yang belum membuat permohonan maaf hadir di balai polis Petaling petang semalam membuat keterangan berhubung perbuatannya pada Isnin.

Jangan kata saya malukan universiti

Memetik laporan mStar Online, Wong Yan Ke berkata naib canselor UM, Dr Ir Abdul Rahim Hashim yang sepatutnya terlebih dahulu memohon maaf kerana telah memulakan isu perkauman ini.

Saya rasa orang yang patut minta maaf adalah naib canselor sendiri. Negara ini adalah negara yang mempunyai undang-undang. Saya hanya bersuara sebagaimana hak di dalam perlembagaan.

Dakwanya, baru-baru ini Dr Ir Abdul Rahim telah memberi ucapan racism ketika Kongres Maruah Melayu di Shah Alam. Graduan ini mendakwa lagi pihak universiti tidak menyediakan ruang atau platform untuknya menyuarakan pendapat.

Banyak orang tanya kenapa saya tidak pilih masa dan tempat yang sesuai (untuk bersuara). Tapi saya nak tanya, adakah pihak universiti telah beri saya platform yang sesuai?

Saya dahulu salah seorang aktivis mahasiswa yang telah bangkitkan beberapa isu seperti yuran, Wifi dan lain-lain. Kita juga hantar memorandum kepada pejabat naib canselor mengenai isu yang dibangkitkan. Tapi mereka tak pernah balas tuntutan kita.

Dia (naib canselor) yang jejaskan nama universiti, dia yang salah guna nama universiti untuk laksanakan agenda politiknya. Jangan kata saya yang malukan nama universiti pula.

Oleh itu, dia terpaksa menggunakan pentas Istiadat Konvokesyen pada Isnin untuk meluahkan ketidakpuasan hati.

Transkrip akademik disekat?

Graduan Kejuruteraan Awam ini hadir bersama wakil guaman, Asheeq Ali memberi tempoh 24 jam kepada pihak universiti untuk memberi penjelasan mengapa transkrip akademik disekat walaupun pakaian istiadat termasuk jubah sudah dipulangkan.

Orang yang disekat untuk mendapat transkrip adalah mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan serius, sedangkan anak guam saya hanya baru disiasat.

Setahu saya, anak guam saya tak bersalah. Dia hanya melontarkan kritikan. Kritikan terhadap seseorang yang mempunyai kuasa tidak harus digolong sebagai satu penghinaan.

Menurut Asheeq Ali lagi, mereka tidak teragak-agak untuk memfailkan tindakan undang-undang sekiranya pihak UM tidak memberi jawapan dalam tempoh yang diberi.

Setakat ini, pelajar ini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat memecahkan keamanan.

Sumber : mStar Online , Wong Yan Ke

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×