Terdahulu, kisah seorang peraih getah berusia 41 tahun berkahwin dengan budak berusia 11 tahun mendapat perhatian rakyat Malaysia. Isu perkahwinan itu menimbulkan kontroversi apabila isteri kedua lelaki itu memuatnaik gambar perkahwinan mereka di Facebook miliknya pada Jun lalu.
Walau bagaimanapun, kerajaan Thailand meletakkan peraturan melarang peraih getah itu berjumpa isterinya sehingga isterinya mencecah 16 tahun. Menerusi Berita Harian, dia tidak dapat menahan rindu untuk bertemu isterinya dan berharap kerajaan Thailand membebaskannya segera.
Perasaan rindu sentiasa ada
Lebih tiga bulan saya tidak menatap wajah dan mendengar suaranya, perasaan rindu kepada isteri saya itu yang kini berada di Thailand, sentiasa ada.
Memang tidak dinafikan, ingatan terhadapnya sentiasa bermain di fikiran saya terutama sejak akhir-akhir ini tapi apakan daya saya, dia kini berada di bawah jagaan Kementerian Sosial Thailand.
Menurut peraih getah itu, dia rindu ketiga-tiga isterinya termasuk juga isteri muda Thailand itu dan tidak dapat menahan perasaan itu.
Tempoh jagaan sudah berakhir
Kalau diikutkan tempoh jagaan selama tiga bulan telah sudah berakhir tetapi saya masih belum menerima khabar berita mengenai isteri saya itu dan juga kedua ibu bapanya.
Saya tidak tahu sama ada jagaan terhadapnya di lanjutkan atau dia sekarang menyambung pembelajarannya di sekolah di negara asalnya itu. Biar apa pun terjadi, saya hanya mampu berdoa agar dia selamat di sana.
Peraih getah itu berkata selain mendoakan keselamatan isteri ketiganya itu, dia juga berdoa supaya kesihatan isterinya sentiasa berkekalan.
Harap kerajaan Thailand membebaskan isteri
Setiap hari saya menadah tangan kepada Allah SWT supaya jodoh kami berkekalan dan apa saja ketentuanNya saya terima.
Bukan itu saja, jika Kerajaan Thailand ingin`membebaskan’ isteri saya dan membenarkan dia `bersatu’ dengan saya setelah umurnya cukup 16 tahun, saya terima dan sanggup menunggu selama lima tahun lagi.
Ditanya tentang hubungan beliau dengan ibu mentuanya, peraih getah itu berkata hubungan mereka berjalan lancar seperti biasa dan kali terakhir mereka berbual melalui telefon dua bulan lalu.