berita

Bekalan Air Tak Cukup, Penduduk Britain Disaran Mandi Kerbau. Seminit Sahaja!

August 9th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Sebagai satu usaha menjimatkan penggunaan air, penduduk di Britain telah disarankan untuk menyingkatkan waktu mandi mereka kepada hanya satu minit sahaja.

Cadangan yang tak digemari

Memetik laporan RT News, cadangan tersebut telah dibuat oleh salah satu daripada syarikat yang menguruskan bekalan air di negara tersebut.

Berdasarkan laporan, cadangan tersebut merupakan antara cadangan yang kurang popular dan tidak digemari, namun ianya tetap perlu dilakukan.

Negara itu diberikan dua pilihan iaitu membelanjakan £1 bilion (RM5.3 bilion) untuk infrastruktur air yang baharu, ataupun patuh dengan cadangan ‘mandi kerbau’ itu.

Idea tersebut diutarakan ketika negara itu menghadapi cuaca panas terik luar biasa yang menyaksikan penggunaan air meningkat secara mendadak.

Selain itu, bagi menyokong lagi usaha mengurangkan penggunaan air, beberapa daerah di selatan England melaksanakan larangan penggunaan paip getah dan pemercik air.

Negara itu kini mengalami masalah bekalan air kerana paras air bawah tanah yang lebih rendah berbanding keperluan dan kekurangan air di kawasan-kawasan takungan.

Menurut pakar, sekiranya cuaca tidak berubah, negara itu mungkin terpaksa memperkenalkan lebih banyak langkah penjimatan, seperti sekatan dan catuan air.

Sumber: RT News

SKIP THIS AD ×