berita

Bekalan Oksigen Ke Ventilator Bocor, 22 Pesakit Covid-19 Maut

April 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Mumbai, India, seramai 22 orang pesakit Covid-19 disahkan maut selepas bekalan oksigen ke ventilator mereka bocor.

Kebocoran selama 30 minit

Menerusi laporan Al-Jazeera, kebocoran tersebut telah berlaku selama 30 minit. Kesemua tangki oksigen di Hospital Dr Zakir Hussain di Nashik itu telah bocor lalu menyebabkan bekalan oksigen ke ventilator 60 pesakit kritikal turut terputus.

Bekalan oskigen disambung semula dalam tempoh setengah jam dan oksigen disalurkan menggunakan tangki yang sama.

Menurut laporan, hospital berkenaan telah menerima seramai 170 orang pesakit Covid-19 dan kebanyakan daripada mereka sudah dipindahkan ke hospital lain.

Siasatan dijalankan

Menurut Perdana Menteri India, Narendra Modi, insiden yang berlaku tersebut sangat menyedihkan. Oleh itu, ketua menterinya sedang mengarahkan pihak berkuasa melakukan siasatan. Ujar Narendra lagi, kejadian itu berlaku selepas seminggu ketua menteri meminta juruterbang India untuk mengangkut bekalan oksigen ke negeri ini bagi mengatasi jumlah kes jangkitan Covid-19.

Setakat ini, kes harian Covid-19 di India merekodkan jumlah tertinggi dengan 295,041 jangkitan dan 2,023 kematian dalam tempoh 24 jam. Manakala jumlah keseluruhan kes kini mencecah 15.6 juta dan 182,553 kes kematian.

Sumber: Al-Jazeera

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×