Semalam viral di media sosial apabila isteri kepada pengacara dan pelawak terkenal iaitu Datuk AC Mizal, memuat naik foto salah seorang bekas anggota 4U2C, One II yang dikhabarkan sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Terbaru menerusi Instagram Datin Emylia, dia mengumumkan bahawa sahabat suaminya itu telah menghembuskan nafas terakhir pada hari ini.
Mohon sedekahkan doa
https://www.instagram.com/p/B331BSvnFgZ/
https://www.instagram.com/p/B36LGdinU2q/?igshid=wir9kyd5cmmw
Melalui posting semalam, Datin Emylia memuat naik foto keadaan One II yang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) beserta kapsyen memohon doa daripada netizen agar bekas anggota kumpulan 4U2C itu kembali sembuh. Namun hari ini, dia mengumumkan bahawa sahabat baik suaminya itu telah menghembuskan nafas terakhir.
Menurut Ac, dia sangat sedih selepas menerima berita pemergian arwah. Tambahnya, pemergian arwah mengingatkan dirinya kembali terhadap kumpulan berkenaan. Di samping itu, Ac turut berdoa supaya roh arwah ditempatkan bersama orang-orag yang beriman.
Salam takziah
Rata-rata rakan artis dan netizen mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah One dan mendoakan arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Sumber: Emylia DAC