berita

Bekas Isteri Dato’ AC Mizal Menang Tuntutan Nafkah

January 15th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-01-14 at 7.36.13 PM

Akhirnya kes tuntutan nafkah Shafnie Zainuddin, bekas isteri kepada pengacara terkemuka tanah air, Dato’ AC Mizal selesai apabila mahkamah mengubah perintah nafkah untuk kedua-dua orang anak hasil perkahwinan mereka daripada RM 300 kepada RM1,400 sebulan.

Memetik laporan daripada akhbar Kosmo, Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah turut membenarkan permohonan Shafnie selaku plaintif berhubung tuntutan nafkah tahunan meliputi pakaian, rawatan dan pendidikan termasuk persediaan hari raya sebanyak RM3,000 setahun.

Selain itu, Abdul Halim juga mengekalkan tuntutan nafkah untuk bulan Disember sebanyak RM1,000. Kesemua perintah itu diarah berkuat kuasa mulai bulan ini sehingga kedua-dua remaja tersebut mencapai usia 18 tahun atau sampai habis pengajian atau mana yang kemudian.

Screen Shot 2014-01-14 at 8.10.17 PMDato’ AC Mizal gagal hadir ke sidang prosiding kerana menjalani penggambaran sehingga bulan Februari

Shafnie hadir ke sidang prosiding semalam dan diwakili oleh peguam syarie Azmi Rais. Walaubagaimanapun, seperti yang dimaklumkan oleh peguam syarie Aishah Din, Dato’ AC Mizal gagal hadir kerana sedang menjalani penggambaran sehingga Februari.

Dato’ AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini dan Shafnie dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Shafiq Iman, 18 dan adiknya, Muhammad Shabil Iman, 15, hasil daripada perkahwinan yang dibina pada 24 Jun 1995 sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001.

Sumber : Kosmo Online

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×