Kontroversi antara pelawak Chot Raja Lawak dan bekas isteri, Siti Zafirul Azzah hangat diperkatakan di media sosial selepas muncul dakwaan orang ketiga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Isteri Ucap Tahniah Dekat Chot Raja Lawak, Dakwa Orang Ketiga Punca Bercerai – ‘Perkahwinan Atas Penderitaan Orang Lain’
Artikel Berkaitan: ‘Ini Yang Kata Tak Bahagia, Sampai Dah Lahirkan Dua Orang Anak’ – Bekas Isteri Chot
Janji nak rujuk balik
Menerusi temu bual di Melodi, Zafirul menepis dakwaan dia sengaja menjatuhkan maruah Chot selain masih belum ‘move on.’
Kata Zafirul, dia hanya ingin menjernihkan spekulasi yang timbul dalam kalangan netizen.
Apa yang saya post di media sosial itu tak ada niat langsung untuk jatuhkan maruah sapa-sapa. Bukan saya tak move on. Sebab saya nak jelaskan satu persatu.
Dia berjanji dengan saya untuk rujuk balik. Sebab itu saya simpan segala aib dia. Bukan saja saya nak viral. Dia buat saya seolah tidak ada hati dan perasaan. Saya harap netizen di luar sana fahamlah dengan keadaan saya.
Tambah Zafirul, dia kecewa apabila kewujudan orang ketiga telah memusnahkan kebahagiaan yang dikecapi selama lima tahun.
Saya tahu dia curang pada tahun 2020. Nak kata kami tak bahagia, sebenarnya bahagia saja. Tetapi bila datang orang ketiga, jadi kucar kacir sampai cerai-berai.
Saya pernah bagi peluang untuk dia berubah, sama juga dengan dia. Tetapi disebabkan orang lain, dia sanggup tinggalkan saya dan anak.
Perpisahan adalah yang terbaik
Sementara itu, Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan menyatakan tidak ada pasangan yang mahukan penceraian berlaku dalam rumah tangga.
Sekarang ini tengah musim selebriti banyak bermasalah rumah tangga, mungkin bagi dia sekarang ini waktu yang tepat untuk bongkar. Masa sama, tak fikir kesan pada masa akan datang.
Penceraian saya berlaku pada Mac tahun lepas. Konflik rumah tangga bukan la berlaku baru-baru ini, tipulah kalau kata tak bahagia langsung.
Tiada siapa yang minta kecurangan rumah tangga berlaku. Dan saya rasa rata-rata merasai pengalaman sama pun mengakui. Saya juga tidak menyalahkan takdir Allah SWT.
Meskipun pahit untuk ditelan, Chot reda dengan ketentuan Allah SWT yang berakhir dengan perpisahan.
Pasti dalam rumah tangga ada berlaku sesuatu dan dah cuba perbaiki tetapi tak boleh go on. Dan akan ada individu yang menjadi pendengar. Saya tak lepas daripada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa.
Betul saya pernah tabur janji untuk cuba berubah. Pada mata saya, tidak ada jodoh. Kalau orang lain, mungkin dia suruh berusaha buat itu ini. Kalau kebanyakan orang macam itu, saya rasa dalam dunia ini tidak ada penceraian.
Kadang-kadang perpisahan adalah benda yang terbaik. Kita merancang tetapi tuhan menentukan. Memang pahit tapi kena telan.
Sebelum ini, Zafirul mendedahkan punca penceraian rumah tangganya dengan Chot adalah disebabkan orang ketiga.
Terdahulu, Chot telah berkahwin dengan Siti Zafirul Azzah pada tahun 2017 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Sher Harraz serta Ahmed Sher Hayyaz.
Sumber: Youtube