Nama pelawak Chot tiba-tiba hangat diperkatakan selepas berkahwin dengan kakak kepada penyanyi terkenal, Zurina Badron, kerana tidak bahagia dengan bekas isteri, Siti Zafirul Azzah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Isteri Ucap Tahniah Dekat Chot Raja Lawak, Dakwa Orang Ketiga Punca Bercerai – ‘Perkahwinan Atas Penderitaan Orang Lain’
Putar belit cerita
Susulan itu, Zafirul dilihat melenting di Instagram Stories dek kerana kenyataan Chot yang diberikan kepada media. Menerusi hantaran itu, Zafirul menegaskan kepada Chot untuk tidak pusing cerita dan menunding kesalahan kepada dirinya.
Ada fikir pasal anak?
Selain itu, Zafirul turut mempersoalkan dakwaan Chot yang mengatakan dia tidak bahagia menerusi perkahwinan pertama. Katanya, dua orang anak yang dilahirkan itu menjadi bukti cinta mereka.
Ini yang kata tak bahagia, sampai dah lahirkan dua orang anak, pengorbanan lahirkan anak ada pernah kisah.
Sebelum curang ada fikir tak pasal anak, tak kan.. tolong la jangan nak play victim.
Kesian pada Ayash (anak) yang tak tahu apa-apa, hanya tahu daddy work (kerja).
Dalam pada itu, Zafirul mendedahkan tangkapan skrin yang memaparkan kiriman mesej daripada individu yang tidak dikenali yang mendakwa Zurina menjadi penyebab kehancuran rumah tangga orang lain.
Pada minggu lalu, Zafirul mendedahkan punca penceraian rumah tangganya dengan Chot adalah disebabkan orang ketiga.
Sumber: Instagram