Sekadar gambar hiasan
Bekas isteri kepada anggota kanan keluarga diraja Qatar ditemui mati di rumahnya di Marbella, selatan Sepanyol. Menerusi laporan, wanita dikenali sebagai Kasia Gallanio, 45, ditemui pada Ahad pagi dan menerusi bukti awal menunjukkan dia berkemungkinan mengambil dadah secara berlebihan.
Mengambil dadah secara berlebihan
Foto: Metro
Memetik laporan Metro, Gallanio berasal dari Amerika dan Poland merupakan isteri ketiga kepada Abdelaziz bin Khalifa Al-Thani, 73, yang merupakan bapa saudara kepada Emir Qatar. Pasangan itu telah berkahwin pada tahun 2004 sebelum dikurniakan sepasang anak kembar yang kini berusia 17 tahun dan anak perempuan ketiga, 15, sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada 2012.
Mengulas lebih lanjut, pasangan ini dikatakan berbalah mengenai hak penjagaan anak selama sedekad dan Gallanio mendakwa bekas suaminya telah mencabul salah seorang daripada anak mereka. Bagaimanapun Gallanio hilang hak penjagaan anak-anak pada 2018 dan dia dipercayai mempunyai masalah ketagihan alkohol dan turut mengalami kemurungan yang teruk.
Anak perempuan failkan aduan
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan media Perancis, dia telah menjalani kehidupan mewah yang tertutup di sebuah rumah agam seluas 5,000 meter per segi di daerah Arondisemen ke-8 ultra-eksklusif berhampiran Champs-Élysées. Menurut Le Parisien, salah seorang anak perempuan memfailkan aduan pada April tahun ini dan mendakwa bapanya memaksanya tidur di atas katilnya dan menyentuh dada serta punggungnya.
Salah satu akaun Instagram yang dipercayai milik salah seorang anak perempuannya sempat menulis ‘sayang awak selamanya mama saya sangat bangga dengan awak terus memerhatikan kami’. Difahamkan bedah siasat akan dijalankan oleh pihak berkuasa Sepanyol pada hari Selasa.
Sumber: Metro