Bekas jurulatih Liga Super baru sahaja mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang artis berusia 29 tahun yang juga merupakan adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tempatan.
Bekas jurulatih bola sepak kahwin
Memetik laporan Harian Metro, pernikahan pasangan terbabit hanya diketahui oleh individu dan ahli keluarga terdekat sahaja. Pengantin lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu merupakan bekas pemain kebangsaan era 90-an.
Jurulatih berkenaan pernah mengendalikan beberapa pasukan utama Liga Super dengan kali terakhir membabitkan kelab berpangkalan di utara tanah air.
Wanita berkenaan pula dikenali umum kerana pernah menyertai program realiti televsyen syarikat swasta dan memenangi tempat ketiga.
Sebagai rekod, jurulatih berkenaan berkahwin kali pertama pada tahun 80-an dan dikurniakan tiga anak.
Sumber: Harian Metro