Sakit bersalin adalah sesuatu yang sangat digeruni oleh sesetengah wanita. Rata-rata wanita yang hamil lebih cenderung untuk melalui proses bersalin secara normal berbanding pembedahan. Hal ini kerana, para ibu yang melalui proses pembedahan atau czer terpaksa menanggung kesakitan dalam jangka masa yang agak lama.
Terbaru, seorang ibu, Shasha Kamaruzzaman telah berkongsi di laman Facebooknya mengenai luka jahitan yang mengalami infection akibat pembedahan yang pernah dilaluinya pada 2 tahun lepas.
Luka czer terkena jangkitan kuman
Tempat bekas luka czer Sha bengkak balik semalam, jadi kemerahan. Bukan luka tu terbuka balik tapi dekat hujung belah kanan luka itu, macam ada satu lubang. Dan lubang tu terjadi akibat jahitan luka itu tidak sempurna atau tidak cantik. Infeksi tu mudah singgah dan infection ini hanya pada kulit sahaja tau.
Jadi Sha bersihkan dan letak krim untuk disapu for infection. Then biarkan sahaja. Sejak hari tu yang bernanah tu. Tak pernah sekali pun lupa lap dan keringkan. Pakai panties dan seluar pun tak ketat. Tapi masih juga bengkak.
Pagi tadi bangun nak cek, tengok panties Sha bahagian bawah getah jadi basah. Allah, pecah ke? warna kekuningan. Sha tak rasa itu nanah tapi air bisa. Lepas itu, cepat-cepat Sha bersihkan. Tengah-tengah sapu, darah keluar banyak dan sangat pedih.
Parut dah 2 tahun 8 bulan
Sha akan pergi jumpa doktor untuk ambil antibiotik. Sebab itu lah satu-satunya cara. Benda ini terjadi secara tiba-tiba. Parut ini dah 2 tahun 8 bulan. Benda ini jadi bukan sebab tak jaga makan, tak jaga pantang dan bukan sebab Sha mengandung.
Sha dah terima rawatan. Tempat czer pun sudah dicuci nasib tak kena toreh. Hanya cungkil untuk keluarkan air bisa dan nanah yang masih ada dekat dalam. Skin Infection itu terjadi sebab ada lubang kecil yang membolehkan kena jangkitan kuman. Hanya lapisan kulit sahaja, luka dalam alhamdulillah.
Pengalaman netizen
Perkongsian ini telah mendapat perhatian oleh warganet. Rata-rata daripada para ibu turut berkongsi pengalaman yang sama dilalui oleh mereka akibat luka daripada pembedahan sewaktu melahirkan anak. Ada juga yang memberi tips dan cara penjagaan luka pembedahan dengan betul.
Sumber: Shasha Kamaruzzaman