berita

Bekas Peguam Dedah Tragedi Wanita Simbah Petrol, Bakar Suami Hidup-Hidup

July 26th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Seorang wanita dihukum penjara 8 tahun kerana menyebabkan kematian bekas suami. Kejadian yang berlaku pada Jun 2001 ini diceritakan semula bekas peguam, Sir Kamarul di laman Twitter miliknya. Bermula dengan pergaduhan, pelaku kemudiannya menyimbah petrol ke badan mangsa dan menyalakan api.

Disimbah petrol

Mangsa dilaporkan bergegas meminta pertolongan jiran untuk menghubungi adiknya datang ke rumah. Menurut jiran, pada ketika itu mangsa berada dalam kesakitan kerana baru sahaja memadamkan api di badan.

Meninggal dunia selepas 12 hari dirawat

Selepas 12 hari menerima rawatan di hospital, mangsa akhirnya meninggal dunia akibat ‘septicaemia due to severe burns’. Anak yang menjadi saksi kejadian menceritakan, ibu hanya melihat bapa terbakar tanpa melakukan apa-apa.

Pada awalnya pelaku dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Namun selepas mendengar hujah tuduhan ditukar kepada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Dihukum penjara 8 tahun

Sumber : Sir Kamarul

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×