Bekas pekerja Puteri Sarah yang dikenali sebagai Nazatul Nazira nekad mahu membawa kes saman fitnah dan pecah amanah yang difailkan aktres itu ke mahkamah.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Failkan Tuntutan Pecah Amanah Sebanyak RM26,000
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Saman RM1 Juta, Pegawai Pemasaran Tuduh Ambil Dadah & Bela ‘Andy’
Belum ada kata sepakat
Mendakwa turut menjadi mangsa fitnah, Nazatul, 30, berkata, pihaknya juga telah menfailkan saman terhadap aktres berusia 38 tahun itu.
Masih lagi dalam perbincangan. Tapi pihak saya ada juga memfailkan saman fitnah terhadap Sarah.
Saya rasa, kita teruskan di mahkamah. Saya nekad untuk teruskan kes ini di mahkamah kerana ingin membersihkan nama saya dan menuntut hak saya.
Fitnah yang dilemparkan Sarah telah menjejaskan imej dan maruah saya. Jadi saya ingin berjuang untuk keadilan saya.
Nazatul berkata demikian sejurus prosiding mediasi pertama yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Khamis.
Sementara itu, peguam yang mewakili Nazatul, Aryssa Ariana berkata, masih terlalu awal untuk mengulas lanjut berhubung kes tersebut.
Katanya, kedua-dua pihak akan bertemu sekali lagi pada prosiding mediasi kedua yang akan berlangsung pada 25 September depan.
Buat masa sekarang pihak kami tidak boleh beritahu apa-apa lagi. Sekarang ini masih dalam perbincangan dan akan ada satu lagi mediasi. Belum ada kata sepakat lagi sehingga kini.
Masih terlalu awal untuk bercakap. Pihak kami juga ada buat tuntutan balas pada Jun lalu.
Terdahulu, Sarah dan Nazatul hadir ke mahkamah bagi prosiding mediasi berhubung kes saman fitnah dan pecah amanah yang difailkan aktres berkenaan pada tahun lalu.
Pegawai mediasi kemudian menetapkan 25 September bagi prosiding kedua.
Sebelum ini, Sarah mendakwa Nazatul telah melakukan aktiviti pecah amanah sebanyak RM26,000.
Selain itu, Nazatul juga telah menuduh Sarah mengambil barang terlarang, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.
Susulan itu, Sarah menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta secara berasingan untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej serta tekanan mental dan emosi.