berita

Bekas Pemain Drum Kumpulan UG14 Meninggal Dunia

May 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Industri hiburan Malaysia hari ini dikejutkan dengan berita pemergian Syed Hanafi Syed Abdullah yang juga merupakan bekas pemain drum kumpulan rock yang terkenal pada era 1990-an iaitu UG14.

Hidap masalah buah pinggang

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Allahyarham yang berusia 54 tahun itu mengalami masalah buah pinggang dan telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 9:15 malam tadi di Hospital Sulatanah Aminah, Johor Bahru.

Difahamkan, pada 2015 Allahyarham telah menjalani pembedahan selepas dia disahkan mengalami masalah jantung. Menurut Syed Mohd Syafiq yang juga merupakan anak sulung Allahyarham memberitahu bahawa sebelum ini bapanya berada dalam keadaan stabil sehinggalah pada hujung tahun lalu selepas bapanya itu disahkan menghidap masalah buah pinggang. Keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot selepas dia menjalani dialisis.

Kesihatan arwah makin merosot

Lebih meruntun hati apabila melihat badan bapanya yang semakin susut dan percakapannya juga sangat perlahan.

Ia berbeza ketika sakit jantung kerana dia masih boleh bekerja dan boleh bermain drum. Ayah tak boleh membuang air kecil dengan normal selain keadaannya lemah. Darah kotor dalam badan pula terlampau banyak. Selain itu, ada kuman dalam badan yang gagal dikesan doktor. Sepatutnya perut arwah akan ditebuk untuk dimasukkan tiub kerana dia tak boleh membuang air kecil dengan normal.

Penyanyi UG14 iaitu Abdul Wahab Zainudin atau lebih dikenali dengan nama Wom memberitahu kali terakhir dia menghubungi Allahyarham adalah 2 hari lepas. Dia juga menyifatkan Allahyarham sebagai pemuzik yang sangat komited dengan kerjanya.

Saya sempat berbual dengannya menerusi telefon dua hari lalu. Dia minta saya sampaikan salam kepada semua sahabat yang lain.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×