Setelah timbul pelbagai spekulasi dan dakwaan berhubung perceraian pelakon Irma Hasmie, bekas suaminya Redza Syah Azmeer akhirnya tampil memberi penjelasan.
Artikel Berkaitan: Rakan Dedah Irma Hasmie Bercerai Enam Bulan Lalu – ‘Mohon Doakan Yang Baik Buat Sahabat Saya’
Artikel Berkaitan: Tular Foto Perkahwinan Suami, Ini Respon Irma Hasmie – ‘Doakan Moga Allah Beri Ketenangan’
Hormati keputusan mereka
Memetik laporan Harian Metro, Redza berkata dia dan Irma telah menjalani proses perbincangan yang mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mengakhiri perkahwinan mereka.
Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama dalam ‘co-parenting’.
Saya dan Irma sudah pun menjalani proses perceraian pada tahun lalu.
Dalam pada itu, Redza menegaskan bahawa jalan perpisahan yang diambil mereka bukanlah berpunca daripada orang ketiga.
Kami juga sudah mengambil kira pelbagai faktor seperti kebajikan kesemua anak-anak kami, restu kedua orang tua dan penerimaan keluarga kedua belah pihak.
Jadi, tiada unsur orang ketiga. Ini kerana keputusan untuk bersama (kahwin) adalah selepas perceraian.
Difahamkan aktres berusia 42 tahun itu juga sudah dimaklumkan tentang perkahwinan antara Redza dan isterinya.
Justeru itu, Redza meminta agar setiap pihak menghormati keputusan dan memahami situasi yang sedang mereka hadapi ketika ini.
Besar harapan kami untuk anda semua tenang, menghormati keputusan ini dan mengambil iktibar daripada cerita hidup kami. Tiada manusia yang berkahwin inginkan perceraian melainkan perkara itu lebih baik buat kedua-duanya.
Semoga kenyataan ini dapat menjelaskan status dan perkara yang sebenarnya.
Sekali lagi saya dan keluarga sangat berterima kasih atas doa semua dan mengaminkan doa itu. Semoga Allah SWT merahmati dan meredai kehidupan kita semua, insya-Allah.
Penjelasan itu dilakukan Redza berikutan terdapat pelbagai salah faham yang berlaku terutama selepas tular foto perkahwinan keduanya di sosial media baru-baru ini.
Terdahulu, rumah tangga Irma akhirnya terjawab apabila pelakon dan pengacara itu sudah pun bercerai dengan Redza sejak enam bulan lalu.
Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Harian Metro