Ha.. anda semua masih ingat tak lagi dengan bekas tunang pelakon kontroversi , Shahrizal Jaszle ini. Ala.. doktor yang comel tu lah!
Jika sebelum ini kita sedia maklum bahawa Shahrizal Jaszle sudah memiliki pengganti, baru-baru ini kami ada dengar gosip bahawa Redzwani Puteri juga sudah ‘move on’ dan kini sedang hangat bercinta.
Daripada sumber-sumber tersebut, Redzwani dikatakan kerap memuat naik foto yang ber’caption’ romantis di laman Instagramnya. Agaknya siapalah yang bertuah dapat memiliki hati doktor cantik ni ya?
Jadi, kami pun tinjaulah Instagram Redzwani untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini. Ha… rasanya macam ada bibit-bibit percintaan je antara Redzwani dengan jejaka menggunakan nama Aadamnikolas tu kan?
Sayangnya wajah si jejaka tu tidak dapat pula dilihat secara penuh. Dapat tengok sipi-sipi je. Huhu. Namun, kami dapa rasakan bahawa jejaka itu tak kurang machonya. Badan pun macam ‘sado’ je.
Ha.. baguslah jika Redzwani sudah temui cinta baru kan. Lagipun pada kami, Redzwani layak merasai kebahagiaan setelah kecewa dengan Shahrizal Jaszle dulu.
Redzwani pun kini tampak lebih ‘happy’ menjalani kehidupan sehariannya. Yelah, di samping enjoy dengan kerjaya sebagai seorang doktor, khabarnya dia juga dilantik sebagai duta produk kecantikan. Yeah! Life is great huh?
Kredit foto: Instagram Redzwani Puteri