Seorang doktor muda berusia 28 tahun maut selepas 10 hari berturut-turut bekerja keras merawat dan mencegah jangkitan virus Wuhan. Difahamkan, Song Yingjie berkeras mahu bekerja setiap hari bermula pada 25 Januari iaitu pada hari pertama Tahun Baru China.
Menerusi laporan The Paper, mangsa meninggal dunia akibat kegagalan jantung ekoran terlalu kuat bekerja.
Bertugas bermula Tahun Baru China
Mangsa dilaporkan mula berkhidmat sebagai staf perubatan pada April 2016 dan pada 25 Januari lalu dia menyertai pasukan untuk mengesan suhu orang awam di stesen tol persimpangan Lebuhraya Donghu-Yuelin. Mangsa berkeras mahu bertugas setiap hari walaupun bersendirian.
10 hari berturut-turut
Selain itu, mangsa juga bertanggungjawab membekalkan bekalan perubatan kepada rakan sekerjanya di Pusat Kesihatan Maji dan bertugas di front line untuk pencegahan virus selama 10 hari dan 9 malam. Dia berusaha untuk memastikan virus dapat dicegah daripada tersebar lebih meluas.
Dia merupakan timbalan ketua kumpulan farmasi di sebuah pusat kesihatan di Henshang. Oleh itu, dia bertanggungjawab untuk memastikan langkah pencegahan sewajarnya diambil.
Ditemui maut
Pada 3 Februari, dia selesai tugas pada jam 12 malam dan mahu pulang ke asrama untuk berehat. Walaubagaimanapun, rakan sekerja menemuinya dalam keadaan terbaring. Mangsa dipercayai maut selepas kegagalan jantung akibat bekerja terlalu kuat. Walaubagaimanapun, siasatan lanjut untuk mengenalpasti punca kes masih dijalankan.
Sumber : World of Buzz, The Paper, ChinaNews