berita

Bekerjaya Tapi ‘Bodoh’, Netizen Berang Dengan Sofea, Ini Respon Win Pengarah

December 27th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Selepas fenomena Nur, drama terbaru di slot Akasia, Adellea Sofea gandingan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz nampaknya turut mendapat kesan di hati penonton. Memaparkan konflik pasangan baru berkahwin, kemanisan cinta Adellea Sofea bertukar pahit apabila dia mendapat tahu Fir seorang kaki temberang.

Memang sakit hati tengok watak yang dipegang Mira Filzah apabila dia tetap mempercayai dan memaafkan suami walaupun sudah beberapa kali kantoi. Pengarah, Shahrulezad di Instagram menjawab mengapa watak Sofea sebegitu.

Bodohnya Sofea

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on


Ramai betul yang tak boleh terima orang sebijak Sofea tapi boleh jadi sebodoh itu di permainkan dengan penipuan Fir.

Cuba pandang sekeliling kita. Berapa ramai dari kita, jiran kita, emak kita, ibu saudara kita, adik kita, sahabat kita sama mengalami nasib seperti Sofea. Silap silap kita sendiri sebenarnya cerminan dari watak Sofea itu. Bijak tapi dikatakan bodoh dalam mengendalikan hidup. Tidak ada seorang manusia dlm dunia ni dilahirkan dengan kecerdikan sehingga tak buat satu silap pun dalam membuat keputusan hidup. Kadang-kadang untuk menjadi bijak kita terpaksa melalui beberapa episod ‘kebodohan’ dalam hidup.

Sofea sebenarnya tak bodoh tapi..

Lumrah manusia akan bersikap indenial bila berkaitan dengan kecurangan pasangan memasing. Jarang yang terus celik mata dan berubah sikap menjadi defensive sekelip mata bila pasangan memasing buat hal. Lazim yang berlaku ialah mereka akan indenial dahulu. Atau cuba berhusnuzon paling tidak mereka cuba menyiasat dan bila tembelang pasangan pecah mereka akan lebih cenderung memaafkan dan memberi peluang. Atas sebab apa? Atas sebab dah terlanjur sayang dan cinta. Kalau tak. Tak kan lah Si polan tu masih lagi bertahan dengan laki dia meskipun laki dia gempar keluar masuk penjara pasal kes liwat. Walau mungkin dia sendiri goyah tapi demi cinta dan sayang Si Polan memilih untuk ‘Tetap Setia Walau Hati Terluka’

Untuk mereka yang dok mengecam Sofea yang bodoh bila berdepan dengan penipuan Fir. Sofea sebenarnya tidak bodoh. Dia cuma mengharapkan Fir tidak seperti apa yang disangkakan. Lagipun mereka kawin tak sampai setahun kot. Masih dalam fasa mengenali kebaikan dan keburukan memasing. Walaupun jauh di sudut hatinya dia tahu dirinya dipermainkan tapi demi cinta dan kasih dia tetap cuba bersangka baik terhadap suaminya meskipun dia tahu dia sedang menipu dirinya.

Semoga tak diuji dengan pasangan seperti Fir

Abam doakan agar kita semua tak perlu melalui dugaan seperti Sofea, Ilya ataupun Dr Fauziah sendiri.

Kadang kadang untuk merasa bahagia kita kena lalui episod kebodohan yang maha panjang sekali. Selagi Allah tak bagi kekuatan pada hati kita untuk keluar dari kebodohan itu selagi itulah kita semua akan jadi seperti Sofea. So goodluck guys. Semoga korang tak diuji pasangan seperti Fir yang penuh dengan tipu helah.

Sumber : Shahrulezad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×