Comel dan menghiburkan, itulah reaksi yang ditunjukkan oleh pengguna media sosial berhubung dengan sepucuk surat cinta yang diterima oleh anak lelaki kepada pelakon jelita, Sari Yanti.
‘Do you like me, Baasit?’
https://www.instagram.com/p/B8Ld_Yoni3W/
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik pelakon ini di laman Instagram memaparkan sepucuk surat yang diterima anak lelakinya, Baasit Al-Haq. Dalam surat tersebut, si pengirim telah mengajukan soalan kepada Baasit dengan menanyakan samada lelaki itu menyukainya ataupun tidak. Pengirim kemudian meminta Baasit untuk menjawab pertanyaannya dengan menandakan ruangan Yes atau No berkenaan perasaan Baasit terhadap dirinya itu.
Do you like me, Baasit? Tell the truth.
Tetapi tanpa diduga, Baasit rupaya-rupanya turut melayan surat cinta tersebut dengan membalas Yes yang membawa maksud Baasit juga menyimpan perasaan ‘suka’ terhadap si pengirim surat berkenaan. Menerusi kapsyen di Instagram, Sari Yanti turut meninggalkan nasihat kepada anaknya supaya belajar terlebih dahulu.
‘Handsome boy’
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial dan rakan artis terhibur dengan telatah lucu kanak-kanak ini. Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka turut memuji ketampanan Baasit dan disebabkan itu lah kanak-kanak ini mempunyai ramai peminat walaupun diusia yang masih kecil.
Sumber: Sari Yanti