Kini, video luahan hati seorang graduan bernama Zahra menjadi viral di laman sosial kerana berani menyatakan kesusahan yang dialami untuk survive di Malaysia.
Antara isi ucapan yang menjadi perhatian apabila anak muda lulusan ijazah undang-undang ini adalah berkenaan hutang pinjaman yang belum habis bayar, kos sara hidup yang tinggi dan juga harga rumah yang makin melambung.
Video Zahra jadi perdebatan Netizen
Dek kerana itu, kami lihat ramai yang menyokong tindakan gadis berusia 23 tahun ini yang sebenarnya bukan sahaja meluahkan masalahnya, namun dalam konteks yang lebih besar, masalah anak muda Melayu.
Namun, ada juga yang kurang bersetuju dengan pendapat Zahra dan mengeluarkan teori masing-masing. Contohnya seperti di bawah :
Instagram : Mizan Hashri
So, apa pula pendapat korang? Ha..Tak tengok lagi video tu? Nah, korang boleh nilai sendiri dan nyatakan pendapat masing-masing. Tapi, jangan bertelagah pula!