berita

‘Belajar Tinggi-Tinggi, Basuh Berak Budak’ – Cikgu Taska Luah Cabaran Didik Anak Kecil

September 2nd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setiap pekerjaan di dalam dunia ini pasti mempunyai cabaran dan kesukaran yang tersendiri, betul tak? Sebagai manusia biasa, kita tidak mempunyai hak untuk menilai sesebuah kerjaya walaupun pada mata kasar kerjaya tersebut sangatlah mudah.

Menerusi Facebook Mohd Razli Jalil, dia berkongsi cabaran dan kesukarannya dalam mendidik anak murid di pra sekolah. Menurutnya, mentaliti masyarakat pada hari ini beranggapan bahawa mendidik anak-anak kecil sangatlah mudah sedangkan realitinya sangat mencabar dan sukar dikawal.

Senang saja jadi cikgu pendidikan awal

Belajar tinggi-tinggi jadi cikgu taska, tadika dan pra sekolah saja, basuh berak budak. Senang saja jadi cikgu pendidikan awal kanak-kanak ajar ABC dan 123 saja. Jadi cikgu taska dan tadika senang saja jaga budak-budak. Antara mentaliti orang kita. Suka pandang rendah pada para pendidik seperti kami sebgaai seorang cikgu taska dan tadika.

Sebagaimana hebatnya panggilan cikgu itu, begitu jugalah hebat dan mencabarnya tugas sebagai seorang guru apatah lagi menjadi guru kepada anak-anak awal usia ini iaitu yang berumur antara bayi hingga 6 tahun. Memang sungguh mencabar. Tapi itulah hakikatnya. Bidang pendidikan awal kanak-kanak ini memang menyeronokkan dan ada auranya sendiri. Paling indah dan paling seronok apabila tengok anak-anak ini menjadi anak-anak yang baik dan berjaya dalam apa jua bidang mereka.

Tugas mencabar seorang guru taska

Antara cabaran yang dilaksanakan sebagai seorang guru taska selain membasuh berak budak yang disebut-sebut ialah apabila pelajar menangis, guru harus memujuk dengan pelbagai cara. Bila pelajar tidak mahu bergerak, cikgu akan dukung walaupun badan mereka besar dari biasa. Kadang-kadang ada pelajar yang terbuang air kecil atau besar dalam seluar semasa sesi pembelajaran, muntah lepas makan atau sebagainya.

Selain itu, ada di antara murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Kiranya hujung tahun semua pandai macam-macam apabila perlu diajar. Latih anak kecil bersukan, ingat senang ke? Kita suruh lari ke depan mereka lari ke belakang pula. Mengajar membaca memerlukan masa, nak ajar bunyi satu huruf pun jenuh, inikan pula nak ajar mereka membaca buku. Jadi walaupun orang cakap kami saja tahu apa tugas kami sebagai pendidik. Semoga terus tabah dan teruskan perjuangan sebagai seorang pendidik.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen puji dan kagum dengan kerjaya seorang pendidik selepas mendengar penjelasan mengenai kerjaya tersebut daripada cikgu Razli. Netizen turut beranggapan bahawa tanpa pendidik, seseorang itu tidak mampu berjaya dalam kehidupan seharian.

Sumber: Mohd Razli Jalil

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×