Dikenali sebagai seorang doktor dan duta beberapa produk, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say kini menjadi seorang pelakon. Tampil sebagai salah seorang pelakon dalam drama terbaru TV3 iaitu Kebaya Kasut Kanvas, Dr Say berkongsi perasaannya sewaktu menceburi bidang lakonan.
Pengalaman berlakon drama
Sememangnya terbaik! Yang membezakan drama dengan iklan is drama super chill. Nak olah script ikut keselesaan sendiri boleh janji point tu ada sebab tu kalau korang perasan tadi sy gelar “I YOU” sebab sy biasa guna I & You dengan wanita. Kalau iklan kena ikut 100% scriptnya.
Fahrin siap bagitahu saya yang in life kena pelbagaikan bakat yang kita ada untuk kekal “laku” macam dia boleh berlakon, hosting dan ada bisnes sendiri. Bella pulak bagitahu saya yang in life kita kena grab opportunity yang datang sebab opportunity comes once in a lifetime dan tengoklah di mana dia berada sekarang. Sambung cerita semalam, salah satu sebab saya tolak tawaran berlakon selain kerisauan bini adalah saya memikirkan impression others terhadap saya.
Yelah “Belajar tinggi-tinggi tup tap end up berlakon. Apo cito?” At least itu ape yang parents saya bisingkan bila saya cerita hasrat saya nak berlakon. Tapi bila fikir balik “why not?” dan “what’s wrong with doktor berlakon?”.
Menurut Dr Say, pada awalnya dia sangat risau akan tanggapan orang ramai terhadap lakonannya. Namun, berkat sokongan beberapa pelakon yang lain seperti Fahrin Ahmad, Nabila Razali dan Mona Allen, dia berjaya menghabiskan penggambaran drama Kebaya Kasut Kanvas.
Mengulas lebih lanjut mengenai menerima tawaran dalam bidang lakonan, Dr Say memberitahu bahawa ibu bapanya tidak memberikan kebenaran pada awalnya. Namun, Dr Say menganggap ianya tidak salah untuk berlakon kerana ia merupakan suatu pengalaman yang baru buatnya.
Rezeki datang dalam pelbagai cara
Talking about nowadays, to think to much abt impression of others, it can be anything, infinite and endless.. Talking about rezeki, ia datang dalam pelbagai cara. Definisi bahagia & berjaya pun berbeza dalam diri setiap manusia. Yang pasti dalam hidup yang saya belajar apa yang penting adalah antara kita dan tuhan, attitude paling asas dan paling terdalam diri kita ( ikhlas dan niat) , insan2 tersayang dalam hidup kita ( ibu bapa, isteri, anak) and talking about surviving & better living nowadays, we shud never stop exploring how multi-talented / multi-skilled we can be.. At the end of d day, LUCK IS CREATED , IT DOES NOT COME BY ACCIDENT OR COINCIDENCE.. Proud to have you on board!
Di ruangan komen, pelakon, Fahrin Ahmad turut berkongsi kisahnya sebaik sahaja membaca posting Dr Say. Menurut Fahrin, dia pernah berdepan konflik yang sama kerana ibu dan bapanya merupakan seorang guru dan pensyarah. Pada masa yang sama, dia seorang graduan undang-undang. Tambahnya, pada masa tersebut dia tidak kisah dengan pandangan orang terhadapnya. Jelasnya lagi, rezeki datang dalam pelbagai cara dan sebagai manusia kita perlu berusaha dan belajar sesuatu yang baru.
Sumber: Dr Say