Pertunjukan fesyen Bulan Bintang bertemakan ‘Takes The Sky’ Melaka melakar sejarah apabila berjaya mencatat Malaysia Book of Records pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Konsert Malam Bulan Bintang Bawa Siti Nurhaliza, M Nasir, Opick & Sabyan, Tak ‘Goyang’ Bertembung Dengan Blackpink World Tour
350 dron terbang
Menurut Pengasasnya, Azzim Zahid Azmi, dia telah membelanjakan sebanyak RM2 juta untuk membawa penonton ke satu dimensi berbeza dengan ‘projection mapping’ atau juga dikenali sebagai video mapping.
Kata Azzim, dia telah menggunakan 350 dron yang dibawa khas dari United Kingdom.
Kami mahu melakukan kelainan yang tidak pernah dibuat dalam sebarang pertunjukan fesyen. Formasi dron ini dibawa khas dari United Kingdom yang sudah membuat persembahan di Piala Dunia FIFA, kejohanan sukan Olimpik Tokyo dan banyak lagi
Projection mapping di tiang KL tower ini memaparkan gimik dan juga nama-nama jenis koleksi yang dipertontonkan. Saya mendapat inspirasi selepas melihat kehebatan formasi dron ini ketika bercuti ke luar negara.
Apa yang dapat saya simpulkan, kos untuk formasi ini sendiri menelan belanja 80 peratus daripada kos keseluruhan. Kiranya untuk Bulan Bintang Takes The Sky ia menelan belanja RM2 juta.
Sasar 400% peningkatan
Dalam pada itu, Azzim menyatakan pertunjukan fesyen ini menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif.
Didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz dari umur 0-1 tahun sehingga 5XL bagi golongan plus size, koleksi Bulan Bintang ini semestinya boleh digayakan oleh semua.
Untuk tahun lepas, kami peroleh hampir 30 juta untuk jualan hari raya. Kami sasarkan jualan satu juta unit terjual sebelum sambutan Syawal ini.
Pertunjukan fesyen ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ ini juga turut menampilkan barisan duta terkemuka seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha selain daripada persembahan istimewa daripada artis-artis tanah air seperti Dolla, Ernie Zakri dan Syamel.
Pertunjukan fesyen pertama Bulan Bintang ini membawakan pelbagai kejutan dan kelainan buat penggemar fesyen serta penyokong Bulan Bintang dan sekaligus mengangkat jenama Bulan Bintang ini ke peringkat antarabangsa.
Tarikh 18 Februari yang bermakna ini juga merupakan tarikh bermulanya penjualan koleksi Raya 2023 di mana pengguna boleh mendapatkannya dari ejen yang sah atau di butik rasmi Bulan Bintang di seluruh Malaysia.
Jangan lupa untuk dapatkan koleksi Raya Bulan Bintang 2023 di www.bulanbintanghq.com atau anda juga boleh buat pembelian secara fizikal dengan mengunjungi butik Bulan Bintang di cawangan Bangi, Shah Alam, Ukay Boulevard, Johor Bahru, Kubang Kerian dan Senawang.