![[VIDEO] ‘Hello Malaysia’ – Hantaran Jericho Rosales Bikin Peminat Teruja, Netizen Usik Kembar Shukri Yahaya](https://asset.ohbulan.com/2026/04/jericho2.jpg)
Hantaran terkini pelakon popular dari Filipina iaitu Jericho Rosales di media sosialnya telah menyorot perhatian peminat negara ini.
Artikel Berkaitan: Belum Mahu Anak, Jericho Rosales Ingin Berbulan Madu Sepuasnya
Artikel Berkaitan: Hampir 20 Tahun, Ini Wajah Terkini Heroin Drama Pengako Sa’Yo! Tengah Hamil Anak Ke-5 Pun Masih Lawa
Peminat Malaysia
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Jericho memaklumkan bahawa filem terbaharunya bakal memulakan tayangan di Malaysia.
Hello Malaysia, ‘The Loved One’ akan mula ditayangkan di pawagam bermula esok!
Saya harap anda semua menyukainya.
Dalam masa yang sama, Jericho turut berkongsi video memaparkan dirinya sedang menikmati pemandangan matahari terbenam di laut sambil melambai.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja melihat perkembangan terkini pelakon kesayangan mereka itu.
Selain itu, mereka turut mengimbas kembali fenomena drama-drama lakonan Jericho seperti Pangako Sayo dan Sanay Wala Nang Wakas.
Bukan itu sahaja, dalam nada berseloroh, warganet juga meminta Jericho untuk bertemu aktor Shukri Yahaya kerana mereka dikatakan pelanduk dua serupa.
Sumber: Threads








