berita

‘Belanja’ Foto Dah Sado Dekat IG, Asad Motawh Terima Banyak Komen ‘Nakal’ Sempena Ulang Tahun Kelahiran

September 4th, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Penyanyi, Asad Motawh berjaya mencuri perhatian netizen apabila memuat naik foto tidak memakai baju di Instagram. Menerusi posting tersebut, rata-rata netizen kagum melihat perubahan bentuk fizikal Asad yang semakin sado jika dibandingkan dengan sebelum ini. Wow!

Artikel berkaitan: Polis Cari Pemilik Kereta Guna Lampu Strob Nak Lepas ‘Jammed’, Ada Asad Motawh Sekali

Artikel berkaitan: ‘Benci Tapi Follow Di Media Sosial, Bodoh Ke?’ – Tak Tahan Dikecam, As’ad Motawh Mengamuk Dengan Haters

Happy birthday!

Asad yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiranya yang ke-20 semalam, dilihat sudah melakukan transformasi yang cukup luar biasa terhadap bentuk fizikalnya. Meneliti di ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat perubahan yang dilakukan oleh Asad. Malah, mereka mendakwa Asad ingin membuka lembaran baru terhadap kariernya selepas ini.

Sekali dia payung dah siap

Foto yang dimuat naik Asad Motawh di laman Instagram itu bagaimanapun telah mendapat lebih ribuan tanda suka dan komen yang ditinggalkan oleh netizen. Rakan artis turut memuji penampilan Asad dan berharap penyanyi tersebut konsisten mengekalkan bentuk badannya yang sekarang ini.

Lain sungguh

Sumber: Asad Motawh

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×