berita

Polis Cari Pemilik Kereta Guna Lampu Strob Nak Lepas ‘Jammed’, Ada Asad Motawh Sekali

June 18th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Nama penyanyi Asad Motawh sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila didakwa menaiki sebuah kenderaan mewah yang dipercayai memasang lampu jenis strob berwarna biru di jalan raya. Tindakan tersebut sekali gus menimbulkan rasa tidak berpuas hati dalam kalangan netizen.

Terbaharu, pihak polis telah menerima aduan dari pengguna media sosial berhubung penggunaan strob yang merupakan satu kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Boleh ke pakai flicker light biru?

Video menyaksikan penyanyi itu menaiki sebuah kenderaan mewah jenis Mercedes-Benz telah dimuat naik di laman TikTok dan video berkenaan telah diturunkan selepas mendapat kecaman ramai pengguna media sosial.

Sehubungan itu, netizen menggesa pihak berkuasa supaya membuat siasatan berhubung penggunaan strob yang dipercayai digunakan oleh pemandu penyanyi itu di dalam kesesakan jalan raya.

Akan mengambil tindakan

Sehubungan itu, pihak Polis Trafik telah mengambil maklum perkara berkenaan dan memberitahu di akaun Twitter akan menjalankan siasatan terhadap isu ini.

Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, Pengarah JSPT Bukit Aman iaitu Datuk Azisman Alias memaklumkan pihak berkuasa sedang mengesan pemilik sebuah kenderaan mewah yang didakwa menggunakan lampu strob ketika kesesakan jalan raya. Difahamkan, pemilik kenderaan tersebut adalah Instafamous dan pembantu peribadi kepada penyanyi tersebut.

Penggunaan lampu strob adalah menjadi satu kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemilik kenderaan itu sedang dikesan bagi diambil tindakan susulan dan siasatan lanjut.

Sumber: Indra, Jabatan Netizen Malaysia, Harian Metro

SKIP THIS AD ×