berita

‘Belanja’ Gambar Separuh Bogel, Nam Ron Minta Netizen Tenang – ‘Yang Dikatakan Akan Ke Neraka, Saya’

January 4th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Pelakon senior, Nam Ron mengejutkan ramai orang termasuk rakan artis dan peminat apabila memuatnaik hantaran foto di Instagram yang cukup sensasi!

Gambar seksi tapi kapsyen sebut nama Allah

Foto: Instagram Nam Ron

Foto yang dimuatnaik seakan-akan sedang berbogel namun bahagian pinggang dan peha dilitupi dengan bantal dan patung unicorn. Namun pelakon tersebut sebenarnya memakai seluar pendek.

Selain foto, kapsyen pada hantaran tersebut juga telah menarik perhatian ramai kerana penulisan Nam Ron dikatakan ‘deep’ dan membawa maksud tersendiri yang tidak mudah untuk diterima ramai.

Rakan artis terkejut, tapi netizen kurang gemar

Foto: Instagram Nam Ron

Nam Ron yang tahun lepas juga telah mencetuskan kontroversi apabila ‘tayang badan’ di Instagram secara sinikal bagi meraih 1 juta pengikut juga telah membuatkan ramai rakan artis serta peminat membanjiri ruangan komen, dengan memberikan pandangan masing-masing.

Lain pula dengan rakan artis yang tertawa melihat hantaran tersebut, ada netizen dan peminat Nam Ron yang kurang bersetuju kapsyen ibarat ‘ceramah’ yang menyebut nama Allah itu dipadankan dengan gambar yang kurang sopan. Pelakon itu turut menerima komen-komen yang mengatakan dia akan masuk nereka.

Menerusi hantaran terbaru, Nam Ron meminta orang ramai kekal tenang.

https://www.instagram.com/p/CYTWbf3P6WW/?utm_source=ig_web_copy_link

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×