Sering mendapat sambutan yang menggalakkan pada tahun-tahun sebelumnya, kali ini PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dengan kerjasama syarikat teknologi pembayaran terkemuka, Visa, sekali lagi melancarkan kempen yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia, Mesra Bonanza Lagi Onz!
Yang lagi best, Mesra Bonanza Lagi Onz ni lebih gempak dengan menawarkan hadiah bernilai lebih RM500,000 kepada 1,200 pemenang bertuah. Wow!
Menurut Pengurus Besar, Bahagian Runcit (Bahan Api) PDB, Norazlan Subaha, PDB amat fokus dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dan memudahkan urusan mereka di semua platform mereka. PDB juga sentiasa mencari cara terbaik untuk menggembirakan pelanggan setia mereka.
“Hari ini, kami sangat teruja untuk memperkenalkan Mesra Bonanza Lagi Onz, kempen ganjaran kesetiaan yang amat mudah dan inklusif. Kami yakin kempen ini akan membuat pelanggan kami teruja,” tambah Norazlan.
Menurut Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa untuk Malaysia pula, “Kami berbesar hati untuk sekali lagi bekerjasama dengan PETRONAS dalam kempen Mesra Bonanza. Pemegang kad kami yang dihargai berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah bernilai lebih RM500,000 apabila mereka membuat pembayaran untuk membeli minyak dan barangan lain di PETRONAS menggunakan kad Visa mereka,”
Mercedes-EQ, baucar percutian, iPhone 14 dan banyak lagi untuk dimenangi!
Kalau korang nak tahu, kempen ganjaran kesetiaan Mesra Bonanza Lagi Onz ini akan berlangsung selama tiga bulan dari 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023 dan akan menyaksikan seorang pemenang membawa pulang hadiah utama EQA oleh Mercedes-EQ, manakala dua pemenang lagi akan memenangi baucar percutian bernilai RM15,000.
Bukan itu je, 400 pemenang bulanan juga akan menerima hadiah menarik seperti motosikal Honda, iPhone 14, baucar minyak, Setel dan beli-belah serta mata ganjaran Mesra. Best gila!
Macam mana nak sertai? Jom ikuti langkah mudah ni!
Untuk menyertai kempen ni, pelanggan hanya perlu:
- berbelanja minimum RM40 untuk bahan api di mana-mana stesen PETRONAS atau RM10 untuk transaksi di Kedai Mesra dalam satu resit (untuk memenangi hadiah bulanan)
- berbelanja kumulatif RM700 sepanjang tempoh kempen untuk berpeluang memenangi hadiah utama.
Buat korang yang menggunakan aplikasi Setel, korang berpeluang untuk mendapat 2x penyertaan, manakala mereka yang menggunakan kad kredit/debit Visa atau CardTerus di aplikasi Setel layak mendapat 4X penyertaan. Jadi, jangan lupa untuk gunakan Setel dan kad Mesra untuk setiap transaksi okay!
Haa..mudah je kan. Apa tunggu lagi, jom isi minyak sambil berbelanja di PETRONAS dan siapa tahu mungkin korang antara yang bertuah untuk bawa pulang hadiah utama!
Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Mesra Bonanza Lagi Onz, layari https://www.mymesra.com.my/bm/untuk-pengguna/promosi/mesra-bonanza-lagi-onz