berita

Belanjawan 2021: Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Sehingga RM1800

November 6th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebentar tadi, Pembentangan Belanjawan 2021 selamat dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz. Bajet 2021 ini Bertemakan ‘Teguh Kita Menang Bersama’. Tambahan pula, Belanjawan 2021 ini merupakan belanjawan pertama di bawah kerajaan Pakatan Nasional (PN).

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pembentangan belanjawan sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi mengetahui apa yang bakal kerajaan sediakan untuk rakyat Malaysia sepanjang tahun hadapan. Bagi Belanjawan 2021, kerajaan masih menyediakan Bantuan Sara Hidup (BSH) namun BSH telah dijenamakan semula.

Bantuan sehingga RM1,800

 

https://www.youtube.com/watch?v=e-X3hR0tTVg

BSH kepada BPR

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menggantikan kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan penambahbaikan kadar bantuan dan kategori bagi setiap isi rumah. Menerusi insentif BPR ini, kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM 6.5 billion yang akan dimanfaatkan oleh 8.1 juta penerima.

Pendapatan RM2,500

Bagi isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM2,500 bakal memperoleh RM1,200 jika mempunyai seorang anak, manakala RM1,800 disediakan jika mempunyai dua orang anak atau lebih.

Pendapatan RM2501-RM4,000

Bagi isi rumah yang berpendapatan dari RM2,501 hingga RM4,000 bakal memperoleh RM800 jika mempunyai seorang anak, manakala RM1,200 disediakan jika mempunyai dua orang anak atau lebih.

Pendapatan RM4,001-RM5,000

Bagi isi rumah yang berpendapatan dari RM4,001-RM5,000 bakal memperoleh RM500 jika mempunyai seorang anak, manakala RM750 disediakan jika mempunyai dua orang anak atau lebih.

Individu bujang

Bagi individu bujang yang berpendapatan kurang dari RM2,500 bakal menerima sebanyak RM350. Tetapi hanya untuk yang berumur 21 tahun ke atas.

Sumber: Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz & TV3

SKIP THIS AD ×