berita

Beli Barangan LG Dan Berpeluang Untuk Memenangi Percutian Ke Seoul & Banyak Lagi Rebat Menarik!

December 16th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: Go Guides & Facebook LG

Sekejap je kita dah nak sampai ke penutup tahun 2022, sedar tak sedar dah masuk bulan Disember. Tak lama lagi dah masuk tahun baru. Mesti banyak barangan kelengkapan rumah yang perlu diganti kan.

Sebut je tentang barangan elektrik dan kelengkapan rumah, terus teringat LG! Yelah, sejak ditubuhkan pada tahun 1958, LG Electronics telah menerajui era digital yang maju berkat kepakaran teknologi yang diperoleh dengan mengeluarkan pelbagai peralatan rumah dan barangan elektrik bermutu tinggi.

Lebih menarik, bermula sekarang hingga 31 Disember 2022 ni, LG mengadakan LG Trio Bonanza Sale-Brations dengan menawarkan rebat, peraduan mix and match dan hadiah untuk yang bertuah. Fuyoo!

Eh..macam mana nak menang tu? Haa..kalau nak tahu, kenalah baca sampai habis!

Rebat

Kalau korang nak tahu, korang boleh dapatkan rebat berupa kredit Touch ‘n Go eWallet atau GrabGifts bernilai sehingga RM2,500 tau! Bestnya!

Untuk menebus rebat ini, korang perlu beli barangan LG dengan menghantar butiran diri korang dengan lengkap dan muat naik gambar nombor siri produk di sini. Mudah je kan!

Mix and match 

Eh..ada lagi, korang juga layak untuk menerima rebat tambahan sehingga RM400 apabila korang membuat pembelian dengan mix and match mana-mana dua atau lebih barangan LG. Tak berapa jelas? Takpe..korang boleh rujuk kat bawah ni!

Haa..sekarang dah jelas kan?

Tapi, macam mana nak redeem ni? Haa..korang hanya perlu ikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1: Pergi ke mana-mana outlet LG yang berdekatan dengan korang

Langkah 2: Buat pembelian barangan LG

Langkah 3: Isikan butiran korang di sini dan hantar penebusan korang!

Bagi pembelian mix and match, korang layak untuk dapat 4 penyertaan untuk lucky win, manakala bagi pembelian tanpa mix and match, korang layak untuk 1 penyertaan. 

Lucky Win

LG Facebook

Bukan itu saja, sekiranya korang bertuah, korang juga berpeluang untuk memenangi percutian ke Seoul, Korea bernilai RM10,000 dan raket dengan beg yang ditandatangani oleh bintang badminton negara, Lee Zii Jia bernilai RM300 setiap set. Wow! *Tertakluk terma dan syarat

Jadi, tunggu apa lagi! Jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan berbelanja di LG dan siapa tahu, mungkin korang antara yang bertuah untuk memenangi hadiah utama!

Untuk sebarang info terkini dan maklumat lanjut tentang LG Trio Bonanza Sale-Brations, korang boleh layari laman web LG!

SKIP THIS AD ×