Korang sedang cari tempat untuk settle semua benda pasal motor dalam satu masa?
Impian X, pengedar sah motosikal Honda dan pusat sehenti permotoran menawarkan jualan motor, pusat servis, pembelian spare parts dan tempat menunggu yang selesa untuk korang!
Tidak lagi tunggu motor siap dekat tepi kedai bawah panas. Duduk dalam aircond siap boleh tengok motor servis dan skrol media sosial guna free WiFi. Best kan?
Ruang servis Impian X
Cakap tentang servis, Honda Impian X mempunyai ruang servis yang teratur dan sistematik.
Pelanggan juga tidak perlu risau kerana setiap motosikal akan diservis oleh juruteknik terlatih menggunakan aksesori dan alat ganti tulen Honda.
Ini bermakna daripada kena mencari mekanik atau bengkel yang berbeza, kini segalanya boleh diselesaikan di satu tempat.
Tempat menunggu pun selesa, boleh santai dengan air dan guna WiFi percuma untuk luangkan masa buat kerja atau rehat sambil tengok-tengok motor yang tengah diservis, yayy!
Honda Impian X menawarkan keselesaan dengan konsep open-air!
Tempat menunggu dengan pemandangan ruang servis
Menampilkan konsep lapang dan terbuka, Honda Impian X ni bukan sahaja luas, tetapi juga dipenuhi dengan kemudahan moden untuk keselesaan pelanggan.
Selain itu, sekiranya anda ingin membeli motosikal, jurujual profesional Honda sedia berkhidmat untuk menjawab pertanyaan anda berkenaan motosikal Honda yang anda minati dan menawarkan peluang pandu uji motosikal*.
Para pelanggan juga boleh mengetahui tentang pembiayaan komprehensif dan perkhidmatan insurans yang disesuaikan dengan keperluan mereka.
*Tertakluk pada ketersediaan motosikal.
Pameran dan jualan produk Honda
Sambil-sambil menunggu tu, pelanggan juga boleh menjamu mata dengan melihat barangan eksklusif Honda yang dipamerkan di sana. Memang rambang mata!
Terdapat outlet tertentu yang dilengkapi dengan Bilik Riding Trainer (Bilik RT), simulator tunggangan motosikal yang menarik untuk kita cuba sambil tunggu motor siap servis.
Bilik RT tersedia untuk dewasa dan kanak-kanak
Selari dengan target untuk mencapai Sifar Kemalangan 2050, Honda juga menyediakan bilik simulator RT di semua cawangan Impian X bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya.
Cabar diri korang dengan cuba dulu simulator RT ni. Accident ke tak? Sebab jangan terkejut kalau dah lama bawa motor pun bila cuba simulator ni accident juga. Try lah. Memang best dan kelakar! Anak-anak kecil pun boleh cuba!
Buat masa ini, terdapat 112 Honda Impian X di seluruh negara, dan ia menyasarkan untuk membuka 150 cawangan menjelang 2024.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom ajak geng-geng motor korang dan jom pi “healing” di Honda Impian X terdekat korang hari ini!